PENGENALAN
Pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan
cara-cara pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam
menguruskan bilik darjah dengan berkesan
KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH
disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada
murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkahlaku yang diingini
MODEL PENGURUSAN DISIPLIN
• MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU oleh B.F.SKINNER
• MODEL DISIPLIN ASERTIF oleh LEE CANTER
• MODEL AKIBAT LOGIKAL oleh RUDOLF DREIKURS
• MODEL PENGURUSAN KELOMPOK oleh JACOB S. KOUNIN
• MODEL TERAPI REALITI oleh WILLIAM GLASSER
Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner
a. Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan
elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
b. Terdapat dua jenis peneguhan
- peneguhan positi-hadiah, pujian, markah merit dsbg
(meningkatkan tingkah laku murid yang diingini)
- peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya
murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.
c. Peneguhan berbeza dengan dendaan
d. Peneguhan berkala
Kebaikan dan kelemahan model ini
• hasil pantas tetapi tidak kekal lama
• lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung
kepada elemen ganjaran
• untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif
murid bertukar
• murid lebih teruja mendapat ganjaran daripa ilmu
Model disiplin asertif Canter
• berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini
dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan
• Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam
pengurusan bilik darjah. hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik
darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu
penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan
lancar
• pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif
(berkeyakinan dan tegas). beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang
diingini.
Terdapat tiga jenis guru
• guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan
kuasa dan tidak bertolak ansur
• guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, todak
konsisten dan mengelirukan.
• guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan
tegas dalam menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil
berat dan berlaku adil kepada semua murid
Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah
• penerangan peraturan
• cara pelaksanaan peraturan
• semak kefahaman murid
• maklumkan tentang ganjaran
• penerangan tentang tindakan pembetulan
• cara tindakan pembetulan dikenakan
• semak kefahaman murid
Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid
• bertindak dengan tenang
• konsisten
• berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
• beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
• teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
• tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa
Murid bermasalah
• perlu ditangani dengan berhemah
• paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak
perhatian
• guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan
berusaha untuk berinteraksi dengan murid
Model akibat logikal Dreikurs
• menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam
bilik darjah.
• guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu
dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah
• murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri
terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
• murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam
pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan
Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif
berikut:
• mendapatkan perhatian
• mencabar kuasa
• membalas dendam
• mempamerkan kekurangan
Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku
• berkomunikasi perkara yang positif
• galak peningkatan murid
• kenal pasti kelemahan murid
• belajar daripada kesilapan
• percaya kebolehan murid
• bekerjasama
• rasa bangga pencapaian murid
• optimis
• beri galakan dan motivasi
Model pengurusan kelompok Kounin
• menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti
guru dalam pengurusan bilik darjah
• guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal dan
menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa. kebolehan
guru melakuakan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan
• kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau
tidakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku. kesan
gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas,
tegas dan serius
• guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap
masa
• kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan
bilik darjah yang baik. guru harus elakkan penerangan yang meleret, iaitu
mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi
• fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil
sedangkan pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh
• momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk
bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&p
• momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan
pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan
cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan
berkesan
Model terapi realiti oleh William Glasser
a. Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang
ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat
b. Pilihan yang dibuat oleh individu berdasarkan
keperluan-keperluan asas mereka
c. Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik
darjah berlaku akibat daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan
jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadan persekitaran yang menyebabkan murid
gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah.
d. Keperluan-keperluan asas
- kasih sayang
- mempunyai kuasa dan kawalan
- kebebasan
- keseronokan
e. Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling
untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa
yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka
pada masa akan datang
f. Melalui terapi realiti, guru dapat:
- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang
ditunjukkan
- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid
- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus
tingkah laku
- bertindak sebagai pembimbing murid
g. Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan
dalam memenuhi keperluan mereke mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Kurikulum yang berkualiti
• akan meningkatkan mutu pendidikan
• kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan,
permulaan pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan
murid dan beri peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka yang diajar
Kualiti pengajaran
• persekitaran bilikdarjah yang tenang dan kondusif
• guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
• tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan
kehidupan seharian murid
• berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
• beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing
dan memperbaikinya
Guru yang membimbing akan:
• memahami murid
• menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan
• berbincang dengan murid
• menggalakkan murid meneroka p&p
• menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan
• menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil
pembelajaran
Membina bilik darjah yang berkualiti
• tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat
yang boleh kekalkan hubungan baik
• mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan
pendirian
• bina hubungan dengan guru murid
• peraturan kelas
• elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti
mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah
• pengetahuan
• kompentensi
• kualiti
• penilaian
• kefahaman dan penggunaan