-->
❤❤ Tadika Dr Deesyah ❤❤

❤❤SELAMAT DATANG KE BLOG TADIKA DR DEESYAH ❤❤

  • ░▒ Home ░▒
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • AKTIVITI
  • BAHAN BANTU MENGAJAR
  • KEMUDAHAN
  • STAF TADIKA DR DEESYAH
  • MAKANAN
  • KURIKULUM
  • YURAN
Selamat Datang Ke blog PRASEKOLAH DR DEESYAH.Kami menyediakan Pendidikan Prasekolah untuk kanak-kanak berumur 5-6 tahun, dengan menawarkan sistem pendidikan yang menggabungkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan kurikulum kami sendiri iaitu Kurikulum Bersepadu Dr Deesyah yang menekankan amalan Islami di dalam kehidupan seharian. Kami juga menawarkan 2 aliran, iaitu aliran Bahasa Melayu(Tadika Dr Deesyah) dan aliran Bahasa Ingggeris (Dr Deesyah Preschool). Anak-anak anda akan mendapat pengalaman yang menggembirakan bersama kami melalui pendekatan ‘belajar melalui bermain’. Sila tinggalkan komen sebelum bersurai.

Tuesday, March 5, 2013

COCKTAIL SUSU


BAHAN-BAHAN

1 tin susu cair
2 tin air masak.( Gunakan tin susu cair itu juga )
½ tin buah buahan dlm tin
4 sudu besar gula ( ikut pada selera anda )
3 cwn nata de coco(ditapis airnya)
1 bungkus jely/sumi ( jika suka )
1 sudu kecil esen vanilla     

CARA

Masukkan susu dan air dalam periuk.lepas itu biar sampai mendidih.masukkan gula ngan esen vanilla.kacau sampai gula cair.Tutup api.biar sehingga sejuk.Basuh jelly dan nata de coco hingga bersih.apabila sejuk,masukkan jelly,buahan dan nata de coco.letak dlm peti sejuk...           

CADANGAN HIDANGAN

letak ais jika perlu tapi kena bajet dengan kepekatan cocktail anda..enak diminun sejuk2.. Selamat mencuba!

http://blogs.smithsonianmag.com/food/files/2009/06/fruit-cocktail-400x267.jpg

Posted by Unknown at 9:13 PM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

* TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN *


1. Siapkan segala peralatan peperiksaan

Make sure slip exam, IC, stationary semua dah complete one day before the exam. Letak kat tempat yang senang nampak (eg : atas meja). Baju dah gosok, stokin semua ada.

2. Tidur awal ( 6 - 8 hours )

Oklah ini tips yang paling bosan. But don't forget, not only your body needs some rest, your brain too. Have a good sleep. Dah terlewat dah untuk study last-last minute macam ni. Just bring whatever knowledge you have into the exam hall. Tutup lampu dan tidur. Kalau tak boleh tidur sebab excessively worry, just berzikir, berdoa supaya Allah permudahkan segala perjalanan esok, dan mintak Allah berkatkan ilmu yang adik-adik dah belajar.

3. Bangun awal

Bila bangun kita akan lebih bersedia mentally and physically. Lebihkan masa diatas sejadah supaya tenang. Kena percaya dan percaya bahawa Allah akan bantu kita menghadapi exam ini. We are not alone. Allah is with us.

4. Breakfast, breakfast and breakfast

Walaupun akak type 3 kali tapi bukanlah bermakna kau kena makan nasi lemak 3 pinggan. Adik-adik, silalah breakfast ok. Remember your brain feeds on glucose. Masa tidur, badan kita ibarat berpuasa. 6-8 jam perut kosong. Exam memerlukan konsentrasi yang tinggi, dimana otak akan penat. Jika adik tidak breakfast, otak akan depletes source of energy, maka adik tidak dapat berfikir dengan cergas. Akak cadangkan adik mengambil breakfast ringan seperti sandwich, kismis, kurma. Kalau makan berat-berat takut ko sakit perot, dah la kecut perot kan.

5. Jangan datang terlalu awal

Lagi awal ko datang examination hall, lagi kecut perot ko dik. Tapi janganlah datang lewat pulak..kang tak pasal-pasal kena halau dengan pengawas peperiksaan. Just datang sedap-sedap rasa. Sementara menunggu nak masuk hall tu, just go through short notes yang adik-adik dah buat. JANGAN BELAJAR BENDA BARU PADA MASA INI. Walaupun kawan-kawan duk pung pang pung pang, just ignore it. Nanti ko cemas, especially bila ko tak tau pasal benda yang dorang cakap.. kang daripada relax-relax terus jadi gelabah. Habis lupa semua benda.

6. Langkah kaki kanan.

Kalau terlangkah kaki kiri, gostan.

7. Berdoa

Bacalah doa dan bertawakal. Tak kiralah ilmu kita ada 80% or 50% pada waktu itu, dengan izin Allah semua orang boleh berjaya. Baca dan beriman dengan kalimah ini. Hasbunallah wa ni'mal wakeel : Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik penjaga. Rasulullah juga menyebut kalimah ini ketika perang badar. Perang ok.

8. Dah selesai menjawab kertas peperiksaan, jangan check jawapan.

Jangan check jawapan dengan kawan diluar exam hall, mahupun check senyap-senyap ketika dirumah. Tawakal dengan jawapan yang kita kasi dan fokus untuk exam seterusnya. Ini adalah amalan yang tidak sihat kerana bila kita tau kita tersilap jawab, emosi akan terganggu. Emosi adalah paling penting ketika exam.

9. Jaga hubungan dengan ibu bapa.

Doa ibu bapa adalah senjata kejayaan anak-anak. Jangan merungut jika emak menyuruh angkat kain sedangkan kita nak study... Allah kan menuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa. Manalah tau, walaupun kita tak sempat nak study semua, tapi sebab kita anak yang baik, tup tup keluar question yang kita dah study. Remember there's always a shade of grey between black and white =)


Nanti in between the exam ada gap kan? Masa tu boleh la belajar benda baru (in case kalau tak habis cover chapter) But it will be better if you can learn it from your friend who knows well about it. Bukan sahaja menjimatkan masa malah anda tidak akan rasa cemas sangat. Sepanjang exam, berkepit dengan short notes adik-adik ok. Just go through banyak kali supaya ingat. Exam kat asian countries ni more to memorizing facts..so yeah =P

Selain itu, sepanjang atau selepas exam selalulah membaca yasin serta membuat solat sunat agar dimurahkan rezeki. Mungkinlah orang kata, eleh masa exam baru nak ingat tuhan. Sebelum ni berkiblatkan syaiton. Pehh ayat aku. Well, pedulikan orang nak kata apa.. daripada tak ingat tuhan langsung..oklah tu. Lagipun kat siapa nak mintak tolong kalau bukan kat Allah..tak gitu? People always make mistake, its never too late to change. And one thing..jangan pedulikan orang cakap apa, dont live up to people expectation. Its your life, you determine what should you do and what you shouldn't.

Maka tamatlah tips pada malam yang hening ini. Selamat maju jaya!! Exam is not everything, but in order to be something, you MUST pass the exam =)
Posted by Unknown at 8:49 PM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH (1)


Definisi Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah dan pengajaran adalah dua aspek yang amat berkait rapat. Tidak seperti dulu yang mana pengurusan bilik darjah dilakukan sebelum aktiviti pengajaran berlansung yang mana bererti pengurusan bilik darjah dan pengejaran adalah dua aspek yang berasingan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan menyumbang kepada pencapaian akademik yang lebih tinggi. Motivasi, tahap penglibatan murid dalam proses p & p serta tingkah laku dan sikap murid amat dipengaruhi oleh pengurusan bilik darjah.

Apa Kata Sarjana?

RICHARD (1990)
Pengurusan bilik darjah adalah organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlansung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

ALBERTO & TROUTMAN (1986)
Pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.

SANFORD J., EMMER E. & CLEMMENTS B.
Pengurusan bilik darjah adalah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif.

Matlamat Pengurusan Bilik Darjah
1.  Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai.
2.  Membentuk suasana pembelajaran yang positif.
3.  Menjalikan hubungan interpersonal antara guru-murid dan murid-murid.
4.  Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum.
5.  Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p & p.
6.  Mengurangkan masalah disiplin.
7.  Pengurusan rutin yang berkesan.
8.  Murid belajar untuk mengawal dan menguruskan diri sendiri.

Pendekatan dalam Pengurusan Bilik Darjah

Pendekatan Tradisional lebih tertumpu kepada kawalan, iaitu modifikasi tingkah laku iaitu tindakan yang diambil selepas murid menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini.
Manakala, pendekatan kini lebih terarah kepada pencegahan yang bermaksud perkara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencegah salah laku serta tindakan guru yang mungkin menyumbang kepada salah laku murid.

Posted by Unknown at 8:18 PM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Resipi : Potato Salad


: Bahan-bahan :

6 biji kentang
2-3 sudu besar mayo
1 sudu besar lemon juice
1 sudu besar air
3-4 genggam daun bawang
Serbuk pati ayam & perasa


: Cara-cara :

Potato
Kentang dipotong kiub (saiz lebih kurang macam sebiji pemadam)
Didihkan bersama dengan garam. Tos.



Dressing:
Dalam mangkuk yang lain, campurkan mayo, lemon juice, air, serbuk pati ayam, & perasa sehingga sebati.
Gaul kentang yang sudah ditos dengan dressing dan daun bawang.
Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Voila!



Enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan side dishes dengan black pepper steak, chicken chop etc.

Please la cuba resipi ni, rasa dia sukar digambarkan! Walaupun bahan-bahan dia nampak macam tak serius, tapi rasa dia memang complete. Yang penting dia sedap gila sebab ada rasa tangy sensation from the lemon juice. Resipi yang aku featurekan kat blog ni semua simple (jimat bahan), menjimatkan wang dan menjimatkan masa. Ahaks, berjimat cermat kan amalan yang mulia. Selamat mencuba!

Posted by Unknown at 8:11 PM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

❤ INFO TERKINI ❤

Pembukaan Rangkaian Tadika Amal ke-7 pada sesi persekolahan 2016 beralamat di No.11,Lorong AU1C/3G, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur (Tadika & Transit)

Powered By Blogger

❤ PRASEKOLAH DR DEESYAH❤

❤ PRASEKOLAH DR DEESYAH❤

ツ Tadika Dr. Deesyah. Bertempat di No.11,Lorong AU1C/3G, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur (Tadika & Transit). TADIKA DR DEESYAH. ツ

Pengurus Tadika Dr Deesyah

Pengurus Tadika Dr Deesyah

♫♫ Cikgu Syafiqah ♫♫

PENGURUS TADIKA DR DEESYAH

PENGURUS TADIKA DR DEESYAH

♫♫ Dr Deeyana ♫♫

❤ credit to :) ❤



Click Click!!

❤ Ruang Diskusi ❤

❤ FOLLOW Mereka ❤

  • ATOL HAZIQAH ღ
  • HASNA ANISAH AMAR ღ
  • IZZAD LIYANA ARIFF ღ
  • JOWI SHUNG TIKAH ღ
  • LILY PIKAH SYU ღ
  • NAIM AWING ASHRUL ღ
  • NIZA PIPAH NURIATI ღ
  • SCHASCHA MYRA AINEE ღ
  • WAAN AYU TASHA ღ
  • YUYU ANIDAH ღ

❤ Raja KOMEN ❤




❤ Selamat Datang ❤




TADIKA DR DEESYAH

  • Membina asas membaca Al-Quran.
  • Melatih hafazan surah-surah Al-Quran.
  • Melatih kemahiran menulis dan membaca jawi.
  • Membiasakan murid amalan berwudhuk, solat, doa serta adab-adab Islami.
  • Melatih murid-murid menutup aurat.
  • Membina asas akademik yang mantap untuk pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menyediakan pendidik yang komited, terlatih dan berpengalaman

DR DEESYAH PRESCHOOL

  • A WHOLESOME INTGRATED CURRICULUM
  • ENGLISH MEDIUM OF COMMUNICATION
  • A STRONG ISLAMIC FOUNDATION
  • A TEAM OF TRAINED, DEDICATED TEACHERS
  • A CONDUCIVE AND CHEERFUL ENVIRONMENT

❤❤ Kesayangan ❤❤

❤ Beg Sekolah ❤

  • ►  2015 (17)
    • ►  August (17)
      • ►  Aug 20 (3)
      • ►  Aug 19 (7)
      • ►  Aug 18 (7)
  • ▼  2013 (14)
    • ▼  March (14)
      • ►  Mar 18 (1)
      • ►  Mar 17 (2)
      • ►  Mar 13 (5)
      • ►  Mar 11 (2)
      • ▼  Mar 05 (4)
        • COCKTAIL SUSU
        • * TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN *
        • KONSEP PENGURUSAN BILIK DARJAH (1)
        • Resipi : Potato Salad

❤❤ BLOG Walking ❤❤

❤❤ Peti Ais ❤❤

nescafe ais. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...