PENGURUS TADIKA DR DEESYAH
Kami menyediakan Pendidikan Prasekolah untuk kanak-kanak berumur 5-6 tahun, dengan menawarkan sistem pendidikan yang menggabungkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan kurikulum kami sendiri iaitu Kurikulum Bersepadu Dr Deesyah yang menekankan amalan Islami di dalam kehidupan seharian. Kami juga menawarkan 2 aliran, iaitu aliran Bahasa Melayu (Tadika Dr Deesyah) dan aliran Bahasa Ingggeris (Dr Deesyah Preschool). Anak-anak anda akan mendapat pengalaman yang menggembirakan bersama kami melalui pendekatan ‘belajar melalui bermain’.
Pembelajaran tidak terhad di tadika sahaja, mereka juga akan dibawa meneroka alam sekitar melalui lawatan-lawatan bertema. Di samping itu, adab-adab Islam sentiasa diamal secara praktikal. Alhamdulillah sejak lebih 20 tahun, Dr Deesyah telah melahirkan anak-anak yang cemerlang dari sudut akademik dan penghayatan Islam. Kini kami mempunyai 6 buah tadika di sekitar Lembah Kelang.
No comments:
Post a Comment