Kemudahan-kemudahan di Tadika DR DEESYAH
Tadika DR DEESYAH menyediakan kemudahan atau fasiliti yang
mesra dan setaraf dengan tadika-tadika di luar negara. Contohya, peralatan
kerusi dan meja di tadika bersesuaian dengan kanak-kanak. Tadika DR DEESYAH
mempunyai kemudahan sistem online untuk pendaftaran . Ibu bapa boleh terus
mendaftar di rumah tanpa perlu bersusah payah datang ke tadika. Setelah
pendaftaran disahkan dan pembayaran dilakukan , ibubapa akan diberi password
untuk login ke dalam sistem untuk melihat resit pembayaran tersebut. Sistem kami
adalah selamat kerana telah mengalami tempoh percubaan selama lebih kurang tiga
tahun. Bukan itu sahaja , ibu bapa boleh mengetahui rekod kedatangan anak-anak,
pencapaian anak-anak , malah boleh menghantar komen kepada pihak tadika. Segala
ini kami lakukan supaya kami dapat mengekalkan perkhidmatan yang terbaik untuk
anak-anak tuan puan. Segala kemudahan yang ada di Tadika DR DEESYAH adalah
selesa bagi kanak-kanak dan mampu merangsang minda kanak-kanak dan melatih
kemahiran-kemahiran berkomunikasi, bekerjasama dan berfikiran kreatif. Hal ini
kerana, TadikaDR DEESYAH menekankan konsep 3C iaitu ‘Cooperation, Communication
dan Creative Thinking’.
Tadika ini juga mementingkan keselamatan kanak-kanak di
dalam tadika ini kerana setiap ibu bapa atau penjaga akan diberikan kata laluan
dan cip keselamatan untuk memasuki tadika tersebut. Terdapat beberapa langkah
yang perlu di patuhi oleh ibu bapa sebelum memasuki tadika ini. Antaranya
ialah, meletakkan cip keselamatan di alat pengesan cip dan memasukkan kata laluan
masing-masing. Selain itu, Tadika DR DEESYAH juga turut dilengkapi sistem
kamera litar tertutup(CCTV) yang mampu menghasilkan imej rakaman terperinci dan
di pantau melalui sebuah monitor televisyen yang terletak di dalam bilik guru
bagi memantau keselamatan kanak-kanak di tadika bagi mengelakkan sebarang
kejadian yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, pilihan di tangan anda, buatlah
pilihan yang bijak untuk masa depan anak-anak anda. Berikut merupakan kemudahan
yang disediakan :
Kawasan dalam tadika :
1. Kelas 4 Tahun, 5 Tahun dan 6 Tahun.
2. Tandas kanak-kanak lelaki dan perempuan.
3. Surau
4. Bilik bakat atau bilik cermin(Kegunaan sewaktu
konvokokesyen, pertandingan, gimnastik, main peranan dan terdapat pentas).
5. Taman permainan (Di tingkat atas).
6. Children’s Museum of Art (Bilik pameran hasil kerja
kanak-kanak sepanjang tahun ).
7. Dapur
8. Ruang makan
9. Sudut (Bacaan, bahasa, muzik, agama, ICT, matematik,
sains dan lain-lain lagi ).
10. Bilik rawatan
11. Pejabat atau bilik guru
12. Bilik
13. Dinding conteng
14. Ruang tamu
15. Bilik Interaktif (Bilik tontonan)
Kawasan luar tadika :
1. Taman permainan
2. Mini zoo
3. Sand play
4. Pentas
5. Kebun mini
6. Kolam ikan
7. Pondok belajar