-->
❤❤ Tadika Dr Deesyah ❤❤

❤❤SELAMAT DATANG KE BLOG TADIKA DR DEESYAH ❤❤

  • ░▒ Home ░▒
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • AKTIVITI
  • BAHAN BANTU MENGAJAR
  • KEMUDAHAN
  • STAF TADIKA DR DEESYAH
  • MAKANAN
  • KURIKULUM
  • YURAN
Selamat Datang Ke blog PRASEKOLAH DR DEESYAH.Kami menyediakan Pendidikan Prasekolah untuk kanak-kanak berumur 5-6 tahun, dengan menawarkan sistem pendidikan yang menggabungkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan kurikulum kami sendiri iaitu Kurikulum Bersepadu Dr Deesyah yang menekankan amalan Islami di dalam kehidupan seharian. Kami juga menawarkan 2 aliran, iaitu aliran Bahasa Melayu(Tadika Dr Deesyah) dan aliran Bahasa Ingggeris (Dr Deesyah Preschool). Anak-anak anda akan mendapat pengalaman yang menggembirakan bersama kami melalui pendekatan ‘belajar melalui bermain’. Sila tinggalkan komen sebelum bersurai.

Wednesday, August 19, 2015

KEMUDAHAN DI TADIKA DR DEESYAH

Kemudahan-kemudahan di Tadika DR DEESYAH
Tadika DR DEESYAH menyediakan kemudahan atau fasiliti yang mesra dan setaraf dengan tadika-tadika di luar negara. Contohya, peralatan kerusi dan meja di tadika bersesuaian dengan kanak-kanak. Tadika DR DEESYAH mempunyai kemudahan sistem online untuk pendaftaran . Ibu bapa boleh terus mendaftar di rumah tanpa perlu bersusah payah datang ke tadika. Setelah pendaftaran disahkan dan pembayaran dilakukan , ibubapa akan diberi password untuk login ke dalam sistem untuk melihat resit pembayaran tersebut. Sistem kami adalah selamat kerana telah mengalami tempoh percubaan selama lebih kurang tiga tahun. Bukan itu sahaja , ibu bapa boleh mengetahui rekod kedatangan anak-anak, pencapaian anak-anak , malah boleh menghantar komen kepada pihak tadika. Segala ini kami lakukan supaya kami dapat mengekalkan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-anak tuan puan. Segala kemudahan yang ada di Tadika DR DEESYAH adalah selesa bagi kanak-kanak dan mampu merangsang minda kanak-kanak dan melatih kemahiran-kemahiran berkomunikasi, bekerjasama dan berfikiran kreatif. Hal ini kerana, TadikaDR DEESYAH menekankan konsep 3C iaitu ‘Cooperation, Communication dan Creative Thinking’.
Tadika ini juga mementingkan keselamatan kanak-kanak di dalam tadika ini kerana setiap ibu bapa atau penjaga akan diberikan kata laluan dan cip keselamatan untuk memasuki tadika tersebut. Terdapat beberapa langkah yang perlu di patuhi oleh ibu bapa sebelum memasuki tadika ini. Antaranya ialah, meletakkan cip keselamatan di alat pengesan cip dan memasukkan kata laluan masing-masing. Selain itu, Tadika DR DEESYAH juga turut dilengkapi sistem kamera litar tertutup(CCTV) yang mampu menghasilkan imej rakaman terperinci dan di pantau melalui sebuah monitor televisyen yang terletak di dalam bilik guru bagi memantau keselamatan kanak-kanak di tadika bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, pilihan di tangan anda, buatlah pilihan yang bijak untuk masa depan anak-anak anda. Berikut merupakan kemudahan yang disediakan :

Kawasan dalam tadika :
1. Kelas 4 Tahun, 5 Tahun dan 6 Tahun.
2. Tandas kanak-kanak lelaki dan perempuan.
3. Surau
4. Bilik bakat atau bilik cermin(Kegunaan sewaktu konvokokesyen, pertandingan, gimnastik, main peranan dan terdapat pentas).
5. Taman permainan (Di tingkat atas).
6. Children’s Museum of Art (Bilik pameran hasil kerja kanak-kanak sepanjang tahun ).
7. Dapur
8. Ruang makan
9. Sudut (Bacaan, bahasa, muzik, agama, ICT, matematik, sains dan lain-lain lagi ).
10. Bilik rawatan
11. Pejabat atau bilik guru
12. Bilik
13. Dinding conteng
14. Ruang tamu
15. Bilik Interaktif (Bilik tontonan)

Kawasan luar tadika :
1. Taman permainan
2. Mini zoo
3. Sand play
4. Pentas
5. Kebun mini
6. Kolam ikan
7. Pondok belajar




Posted by Unknown at 8:42 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

❤ INFO TERKINI ❤

Pembukaan Rangkaian Tadika Amal ke-7 pada sesi persekolahan 2016 beralamat di No.11,Lorong AU1C/3G, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur (Tadika & Transit)

Powered By Blogger

❤ PRASEKOLAH DR DEESYAH❤

❤ PRASEKOLAH DR DEESYAH❤

ツ Tadika Dr. Deesyah. Bertempat di No.11,Lorong AU1C/3G, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur (Tadika & Transit). TADIKA DR DEESYAH. ツ

Pengurus Tadika Dr Deesyah

Pengurus Tadika Dr Deesyah

♫♫ Cikgu Syafiqah ♫♫

PENGURUS TADIKA DR DEESYAH

PENGURUS TADIKA DR DEESYAH

♫♫ Dr Deeyana ♫♫

❤ credit to :) ❤



Click Click!!

❤ Ruang Diskusi ❤

❤ FOLLOW Mereka ❤

  • ATOL HAZIQAH ღ
  • HASNA ANISAH AMAR ღ
  • IZZAD LIYANA ARIFF ღ
  • JOWI SHUNG TIKAH ღ
  • LILY PIKAH SYU ღ
  • NAIM AWING ASHRUL ღ
  • NIZA PIPAH NURIATI ღ
  • SCHASCHA MYRA AINEE ღ
  • WAAN AYU TASHA ღ
  • YUYU ANIDAH ღ

❤ Raja KOMEN ❤




❤ Selamat Datang ❤




TADIKA DR DEESYAH

  • Membina asas membaca Al-Quran.
  • Melatih hafazan surah-surah Al-Quran.
  • Melatih kemahiran menulis dan membaca jawi.
  • Membiasakan murid amalan berwudhuk, solat, doa serta adab-adab Islami.
  • Melatih murid-murid menutup aurat.
  • Membina asas akademik yang mantap untuk pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menyediakan pendidik yang komited, terlatih dan berpengalaman

DR DEESYAH PRESCHOOL

  • A WHOLESOME INTGRATED CURRICULUM
  • ENGLISH MEDIUM OF COMMUNICATION
  • A STRONG ISLAMIC FOUNDATION
  • A TEAM OF TRAINED, DEDICATED TEACHERS
  • A CONDUCIVE AND CHEERFUL ENVIRONMENT

❤❤ Kesayangan ❤❤

❤ Beg Sekolah ❤

  • ▼  2015 (17)
    • ▼  August (17)
      • ►  Aug 20 (3)
      • ▼  Aug 19 (7)
        • KEMUDAHAN DI TADIKA DR DEESYAH
        • HUBUNGI KAMI
        • ❤❤ BROCHURE - TADIKA DR DEESYAH ❤❤
        • PERTANDINGAN UJI MINDA, LEGO, DAN BERCERITA
        • GIGI SAYA CANTIK
        • SESI PENERANGAN BACALAH ANAKKU DAN PROGRAM SEMPOA
        • HARI PENDAFTARAN 2015
      • ►  Aug 18 (7)
  • ►  2013 (14)
    • ►  March (14)
      • ►  Mar 18 (1)
      • ►  Mar 17 (2)
      • ►  Mar 13 (5)
      • ►  Mar 11 (2)
      • ►  Mar 05 (4)

❤❤ BLOG Walking ❤❤

❤❤ Peti Ais ❤❤

nescafe ais. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...