PERATURAN BILIK DARJAH
Sebagai seorang guru kita mesti
percaya bahawa murid-murid kita sudah mula berdikari namun masih memerlukan
pemantauan dan bimbingan. Pada peringkat ini, kanak-kanak suka sekiranya guru
memberikan mereka perhatian. Mereka akan menunjukkan respon yang baik apabila mereka diberi
insentif atau hadiah. Murid-murid pada peringkat sekolah rendah memerlukan
struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi
dengan baik di dalam bilik darjah.
Bagaimanakah bentuk peraturan yang
mudah difahami oleh murid-murid??
- Ayat peraturan yang jelas dan ringkas agar murid senang memahami dan mengingat peraturan bilik darjah.
- Peraturan yang bermakna dan dipersetujui oleh murid di dalam bilik darjah. Peraturan lebih berkesan sekiranya peraturan dibuat bersama murid.
- Bilangan peraturan yang minima tetapi menyeluruh.
- Peraturan yang adil. Ayat-ayat yang digunakan seharusnya bersifat positif. Elakkan daripada menggunakan perkataan ‘JANGAN …’.
- Peraturan bilik darjah selaras dengan peraturan sekolah.
Contoh peraturan bilik darjah.
Apakah langkah yang perlu dilakukan oleh guru agar
murid-murid mematuhi peraturan yang telah dibentuk??
- Peraturan digantung di tempat yang dapat dilihat oleh semua murid dan dapat dibaca oleh semua murid.
- Mempertimbangkan langkah-langkah yang perlu diambil jika murid tidak berjaya mematuhi peraturan.
- Memberi peringatan setiap kali sebelum memulakan pengajaran.
- Membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment