-->
❤❤ Tadika Dr Deesyah ❤❤

❤❤SELAMAT DATANG KE BLOG TADIKA DR DEESYAH ❤❤

  • ░▒ Home ░▒
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • AKTIVITI
  • BAHAN BANTU MENGAJAR
  • KEMUDAHAN
  • STAF TADIKA DR DEESYAH
  • MAKANAN
  • KURIKULUM
  • YURAN
Selamat Datang Ke blog PRASEKOLAH DR DEESYAH.Kami menyediakan Pendidikan Prasekolah untuk kanak-kanak berumur 5-6 tahun, dengan menawarkan sistem pendidikan yang menggabungkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan kurikulum kami sendiri iaitu Kurikulum Bersepadu Dr Deesyah yang menekankan amalan Islami di dalam kehidupan seharian. Kami juga menawarkan 2 aliran, iaitu aliran Bahasa Melayu(Tadika Dr Deesyah) dan aliran Bahasa Ingggeris (Dr Deesyah Preschool). Anak-anak anda akan mendapat pengalaman yang menggembirakan bersama kami melalui pendekatan ‘belajar melalui bermain’. Sila tinggalkan komen sebelum bersurai.

Monday, March 18, 2013

◕‿◕ AKTIVITI 3 : JOM SENYAP SENYUM ◕‿◕




KAEDAH PELAKSANAAN :


  1. Aktiviti ini akan diaplikasikan semasa guru berhadapan dengan iklim bilik darjah yang tidak terkawal terutamanya keadaan kelas yang bising.
  2. Guru akan menggunakan teknik 'JOM SENYAP SENYUM'
  3. Guru akan mengangkat telunjuk jari dan mengangkat tang ke atas, sambil menunjukkan isyarat 'SENYAP'
  4. Setelah itu, guru akan mengajak murid-murid supaya senyap dengan mengatakan 'JOM SENYAP SENYUM'
  5. Guru akan menunjukkan 'body language' senyap dan selepas itu SENYUM sambil menyebut huruf 'C'. 
  6. Oleh itu, murid-murid tidak berasa tertekan apabila diminta diam kerana guru menyelitkan senyuman setelah senyap.
  7. Aktiviti ini sesuai untuk menarik minat murid-murid untuk mematuhi peraturan bilik darjah.


Posted by Unknown at 9:58 PM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, March 17, 2013

❀❀❀ AKTIVITI 2 : TOPI PANAS ❀❀❀


✿✿✿ KAEDAH PELAKSANAAN ✿✿✿
  1. Topi panas ini berfokus kepada murid yang melakukan kesalahan tingkah laku di bilik darjah.
  2. Jika terdapat murid yang didapati melanggar peraturan bilik darjah , guru akan memanggil murid tersebut ke depan dan memakaikan "topi panas".
  3. Kesalahan tingkah laku di bilik darjah termasuklah membuat bising, mengacau kawan, membuang sampah, tidak mendengar arahan guru, mengeluarkan perkataan kesat.
  4. Setelah itu, guru bermain psikologi yang mana guru menerangkan bahawa topi merah menandakan murid itu telah melanggar peraturan.
  5. Sebagai peneguhan negatif, murid tersebut akan memakai topi panas sepanjang hari tersebut.
  6. Oleh itu, murid tersebut akan berasa malu dan tidak melanggar peraturan kelas lagi sekali gus mengurangkan masalah disiplin bilik darjah.
Posted by Unknown at 7:40 PM
6 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

♪ ♩♫ AKTIVITI 1 : SORAK SOREH ♪ ♩♫




KAEDAH PELAKSANAAN:

** terbahagi kepada dua iaitu

  1. Semasa guru masuk ke dalam kelas (selepas memberi salam)
  2. Jika berhadapan dengan situasi kelas yang tidak terkawal (bising)

SORAKAN

  • Guru akan meminta semua murid berdiri.
  • Guru dan murid akan melaungkan sorakan semangat untuk menaikkan motivasi masing-masing.
  • Sorakan tersebut akan diiringi oleh pergerakan badan.




kalau kita diam tepuk satu kali..
kalau kita baik tepuk dua kali..
kalau kita fokus tepuk tiga kali..
kalau kita pandai tepuk ramai-ramai..




Posted by Unknown at 7:05 PM
4 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, March 13, 2013

KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH


PENGENALAN

Pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan

KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH

disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkahlaku yang diingini

MODEL PENGURUSAN DISIPLIN

• MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU oleh B.F.SKINNER
• MODEL DISIPLIN ASERTIF oleh LEE CANTER
• MODEL AKIBAT LOGIKAL oleh RUDOLF DREIKURS
• MODEL PENGURUSAN KELOMPOK oleh JACOB S. KOUNIN
• MODEL TERAPI REALITI oleh WILLIAM GLASSER

Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner

a. Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
b. Terdapat dua jenis peneguhan
- peneguhan positi-hadiah, pujian, markah merit dsbg (meningkatkan tingkah laku murid yang diingini)
- peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.
c. Peneguhan berbeza dengan dendaan
d. Peneguhan berkala

Kebaikan dan kelemahan model ini

• hasil pantas tetapi tidak kekal lama
• lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen ganjaran
• untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar
• murid lebih teruja mendapat ganjaran daripa ilmu

Model disiplin asertif Canter

• berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan
• Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar
• pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah laku yang diingini.

Terdapat tiga jenis guru

• guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur
• guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, todak konsisten dan mengelirukan.
• guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid

Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah

• penerangan peraturan
• cara pelaksanaan peraturan
• semak kefahaman murid
• maklumkan tentang ganjaran
• penerangan tentang tindakan pembetulan
• cara tindakan pembetulan dikenakan
• semak kefahaman murid

Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid

• bertindak dengan tenang
• konsisten
• berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
• beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
• teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
• tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa

Murid bermasalah

• perlu ditangani dengan berhemah
• paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian
• guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk berinteraksi dengan murid

Model akibat logikal Dreikurs

• menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
• guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah
• murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
• murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan

Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:

• mendapatkan perhatian
• mencabar kuasa
• membalas dendam
• mempamerkan kekurangan

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku

• berkomunikasi perkara yang positif
• galak peningkatan murid
• kenal pasti kelemahan murid
• belajar daripada kesilapan
• percaya kebolehan murid
• bekerjasama
• rasa bangga pencapaian murid
• optimis
• beri galakan dan motivasi

Model pengurusan kelompok Kounin

• menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah
• guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam satu masa. kebolehan guru melakuakan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan
• kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tidakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan dengan jelas, tegas dan serius
• guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa
• kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. guru harus elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi
• fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat dijalankan secara menyeluruh
• momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&p
• momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan

Model terapi realiti oleh William Glasser

a. Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat
b. Pilihan yang dibuat oleh individu berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka
c. Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah.
d. Keperluan-keperluan asas
- kasih sayang
- mempunyai kuasa dan kawalan
- kebebasan
- keseronokan
e. Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tent;ang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang
f. Melalui terapi realiti, guru dapat:
- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan
- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid
- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku
- bertindak sebagai pembimbing murid
g. Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Kurikulum yang berkualiti

• akan meningkatkan mutu pendidikan
• kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada murid untuk memahami dan meneroka yang diajar

Kualiti pengajaran

• persekitaran bilikdarjah yang tenang dan kondusif
• guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
• tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid
• berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
• beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya

Guru yang membimbing akan:

• memahami murid
• menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan
• berbincang dengan murid
• menggalakkan murid meneroka p&p
• menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan
• menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran

Membina bilik darjah yang berkualiti

• tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik
• mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
• bina hubungan dengan guru murid
• peraturan kelas
• elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid apabila timbul masalah
• pengetahuan
• kompentensi
• kualiti
• penilaian
• kefahaman dan penggunaan
Posted by Unknown at 5:39 PM
3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

HUBUNGAN GURU DENGAN MURID


PENGENALAN

• hubungan guru murid mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran murid
• hubungan yang positif antara guru - murid boleh meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak

MEMBINA HUBUNGAN GURU - MURID

• komunikasi yang berkesan perlu antara guru - murid untuk sama-sama mencapai objektif p&p
• guru perlu sentiasa mengwasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran yang dihadapi mereka
• guru perlu memahami masalah yang dihadapi murid
• komunikasi yang berkesan akan meningkatkan prestasi murid
• guru yang menghormati dan peka dengan murid tetapi dalam masa yang sama tegas dan menetapkan batas-batas tertentu akan dihormati oleh murid
• mewujudkan suasana demokratik dalam bilik darjah
• guru dan murid bersama-sama berkongsi tanggungjawab di dalam bilik darjah

Kepentingan membina hubungan guru - murid

a. Kepada guru
• menaikkan motivasi dan semangat guru
• murid lebih senang dikawal
• memberi kesan yang baik kepada pengajaran guru
• menaikkan imej guru
b. Kepada murid
• murid lebih minat belajar
• murid lebih memberikan kerjasama kepada guru
• meningkatkan pencapaian akademik murid
• murid lebih bermotivasi untuk belajar

Faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan guru - murid

• penampilan dan bahasa badan guru
• menunjukkan contoh teladan yang baik
• persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah

Strategi membina hubungan positif guru - murid

• ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing
• menanamkan semangat cintakan kelas/ bilik darjah
• agihkan tanggungjawab bersama
• tetapkan jangkaan yang realistik
• tunjukkan keprihatinan
• masukkan unsur kecindan dalam komunikasi

Amalan budaya penyayang

i. Hormat
ii. Autentik
iii. Keprihatinan integriti emosi
iv. Menggalakkan integriti emosi dalam kalangan murid
v. Strategi mengamalkan budaya penyayang
- menerapkan elemen mengambil berat
- membina semangat kekitaan dan kepunyaan dalam bilik darjah
- hormat menghormati
- guru komited dengan usaha mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan pelajar

Dinamika bilik darjah

Dinamika bilik darjah ialah apabila sesuatu kumpulan rakan sebaya berupaya menggerakkan ahli-ahlinya bertindak mengikut matlamat yang sama, terbahagi kepada :
• Dinamika kumpulan - boleh dikenal pasti memalui kajian sosiometri
• Kajian sosiometri - membantu guru melihat pola persahabatan/kumpulan dalam bilik darjah
• Penularan - ciri-ciri atau tingkah laku ahli kumpulan dinamika yang diikuti dan mempunyai pengaruh kepada ahli kumpulan yang lain

Faktor- faktor yang membentuk dinamika kumpulan
• jantina
• agam/bangsa
• status sosioekonomi

Peranan guru dalam dinamika kumpulan
• kanal pasti bentuk dinamika
• perhatian kepada murid yang tersingkir
• guakan kuasa penularan
• bimbing kumpulan membentuk ciri-ciri yang diingini
• guru sebagai ketua dinamika bilik darjah
Posted by Unknown at 5:33 PM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH



PENGENALAN
Guru memaikan peranan sebagai pembimbing, penyelaras atau fasilitator. Peranan guru dalam menguruskan bilik darjah bukan sahaja tertumpu pada pengurusan persekitaran pembelajaran yang kondusif, tetapi juga tentang pengurusan pentaksiran dan juga menguruskan sumber maklumat murid. Pemahaman bab 2 membolehkan kita sebagai guru menjadikan suatu panduan bagi melancarkan tugasan harian guru.

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
1.      Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran.
2.      Persekitaran yang sihat mendorong murid untuk minat belajar.
3.      Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada budaya yang dapat menwujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran.
 Ia melibatkan :
Ø  Pendekatan pengajaran
Ø  Corak komunikasi
Ø  Kemahiran guru dalam mengurus
Ø  Kawalan murid dan juga perlaksanaan aktiviti P&P
Ø  Personality guru.

Persekitaran fizikal
Ø  Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan murid dengan murid.
Ø  Persekitaran selesa, kemas, ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid.

Persekitaran fizikal merujuk aspek berikut:
ü  susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah
ü  sumber bahan pembelajaran
ü  ruang/sudut pembelajaran
ü  ruang pada dinding
ü  pencahayaan, pengudaraan dan perabot
ü  kebersihan

Persekitaran psikososial
·         Suasana selsa dan mesra
·         bebas daripada ancaman bahaya fizikal
·         perasaan diterima
·         sensitif dan peka kepada perbezaan individu
·         suasana yang meransang pembelajaran
·         mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea
·         menggalakkan pembelajaran koperatif
·         peluang yang sama untuk semua murid

Ciri-ciri komunikasi berkesan yang boleh ditunjukkan oleh guru:

 

ü  Penggunaan bahasa yang sopan dan mudah difahami
ü  Memberi perhatian dan menghormati keputusan murid
ü  Menjadi seorang pendengar yang aktif
ü  Menggunakan pergerakan fizikal seperti tangan dan mimic muka secara berkesan
ü  Bersemangat semasa mengajar dan lontaran suara yang jelas
ü  Memanggil murid dengan namanya
ü  Mempunyai kontek mata apabila berbicara dengan murid.

Peraturan dan rutin bilik darjah
Peraturan dan rutin bilik darjah ialah kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalm bilik darjah
ü  ayat peraturan mesti ringkas dan jelas
ü  peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh murid di dalam bilik darjah dan akan lebih berkesan jika guru membentuk peraturan bersama murid
ü  hadkan bilangan peraturan
ü  peraturan adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran
ü  selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya

PENGURUSAN PENTAKSIRAN DI DALAM BILIK DARJAH
o   DUA PROSES
1.      PENGUKURAN   :
penggunaan alat untuk mengumpulkan nilai kuantitatif atau maklumat pencapaian pembelajaran individu.
2.      PENILAIAN        :
proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran.

Pentaksiran yang berkesan ada dua ciri:-
o   kesahan - sejauh mana alat yang digunakan untuk mengukur menepati tujuannya atau mengukur perkara yang sepatutnya diukur
o   kebolehpercayaan - merujuk kepada ketekalan ujian atau sejauh mana ujian yang sama dapat memberikan keputusan yang sama jika ditadbir beberapa kali dalam masa yang berbeza.
Dua bentuk pentaksiran
o   formatif - sebelum dan semasa pengajaran. bertujuan mengesan kemajuan murid dan sejauh mana objektif pengajaran tercapai
o   sumatif - dilaksanakan hujung semester atau penggal untuk memperoleh pencapaian murid dan bertujuan untuk pemberian gred dan sijil
o   Pentaksiran yang efisien dapat meningkatkan motivasi serta pembelajaran murid. murid terdorong untuk mmberikan perhatian dan berusaha lebih jika mereka tahu akan dinilai.
o   Pentaksiran yang tidak efisien boleh melemahkan semangat murid untuk belajar, menimbulkan rasa tidak puas hati, kurang bermotivasi dan mungkin masalah tingkah laku.

Proses penyediaan ujian dan peperiksaan
o   kekerapan ujian dalam satu penggal atau semester
o   tarikh ujian dan peperiksaan
o   menggubal soalan ujian
o   tempoh masa setiap ujian
o   ujian atau peperiksaan mesti adil dan seharusnya dibentuk berdasarkan pengetahuan atau kemahiran yang telah diajar
o   soalan-soalan ujian harus merangkumi tahap pemikiran selain daripada peringkat pengetahuan
o   bincang dengan guru mata pelajaran lain
o   murid dimaklumkan tentang ujian (membuat persediaan awal)
o   biasakan murid dengan format ujian atau peperiksaan

Pentadbiran ujian atau peperiksaan (langkah-langkah)
o   sediakan persekitaran selesa
o   benarkan murid masuk awal ke kelas dan mengambil tempat duduk masing-masing
o   murid seharusnya sudah bersedia 10 minit lebih awal. masa 10 minit digunakan untuk memberikan arahan atau peraturan
o   mencatat kehadiran murid semasa ujian/peperiksaan
o   pen tadbiran ujian dan peperiksaan mempunyai kesan ke atas sikap murid

PENGURUSAN SUMBER MAKLUMAT MURID
Ibu bapa perlu menisi BORANG MAKLUMAT MURID ia bertujuan untuk membantu pihak sekolah dalm pengurusan berkaitan hal ehwal murid.
ü  maklumat ibu bapa/penjaga
ü  tanggungan ibu bapa/penjaga
ü  maklumat murid
ü  maklumat bantuan yang diterima murid
ü  penyimpanan data peribadi murid
kad rekod persekolahan murid sekolah rendah 001R
ü  buku rekod guru kelas
ü  buku laporan
ü  buku kedatangan murid
Posted by Unknown at 5:30 PM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

❤ INFO TERKINI ❤

Pembukaan Rangkaian Tadika Amal ke-7 pada sesi persekolahan 2016 beralamat di No.11,Lorong AU1C/3G, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur (Tadika & Transit)

Powered By Blogger

❤ PRASEKOLAH DR DEESYAH❤

❤ PRASEKOLAH DR DEESYAH❤

ツ Tadika Dr. Deesyah. Bertempat di No.11,Lorong AU1C/3G, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur (Tadika & Transit). TADIKA DR DEESYAH. ツ

Pengurus Tadika Dr Deesyah

Pengurus Tadika Dr Deesyah

♫♫ Cikgu Syafiqah ♫♫

PENGURUS TADIKA DR DEESYAH

PENGURUS TADIKA DR DEESYAH

♫♫ Dr Deeyana ♫♫

❤ credit to :) ❤



Click Click!!

❤ Ruang Diskusi ❤

❤ FOLLOW Mereka ❤

  • ATOL HAZIQAH ღ
  • HASNA ANISAH AMAR ღ
  • IZZAD LIYANA ARIFF ღ
  • JOWI SHUNG TIKAH ღ
  • LILY PIKAH SYU ღ
  • NAIM AWING ASHRUL ღ
  • NIZA PIPAH NURIATI ღ
  • SCHASCHA MYRA AINEE ღ
  • WAAN AYU TASHA ღ
  • YUYU ANIDAH ღ

❤ Raja KOMEN ❤




❤ Selamat Datang ❤




TADIKA DR DEESYAH

  • Membina asas membaca Al-Quran.
  • Melatih hafazan surah-surah Al-Quran.
  • Melatih kemahiran menulis dan membaca jawi.
  • Membiasakan murid amalan berwudhuk, solat, doa serta adab-adab Islami.
  • Melatih murid-murid menutup aurat.
  • Membina asas akademik yang mantap untuk pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menyediakan pendidik yang komited, terlatih dan berpengalaman

DR DEESYAH PRESCHOOL

  • A WHOLESOME INTGRATED CURRICULUM
  • ENGLISH MEDIUM OF COMMUNICATION
  • A STRONG ISLAMIC FOUNDATION
  • A TEAM OF TRAINED, DEDICATED TEACHERS
  • A CONDUCIVE AND CHEERFUL ENVIRONMENT

❤❤ Kesayangan ❤❤

❤ Beg Sekolah ❤

  • ►  2015 (17)
    • ►  August (17)
      • ►  Aug 20 (3)
      • ►  Aug 19 (7)
      • ►  Aug 18 (7)
  • ▼  2013 (14)
    • ▼  March (14)
      • ▼  Mar 18 (1)
        • ◕‿◕ AKTIVITI 3 : JOM SENYAP SENYUM ◕‿◕
      • ►  Mar 17 (2)
        • ❀❀❀ AKTIVITI 2 : TOPI PANAS ❀❀❀
        • ♪ ♩♫ AKTIVITI 1 : SORAK SOREH ♪ ♩♫
      • ►  Mar 13 (5)
        • KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH
        • HUBUNGAN GURU DENGAN MURID
        • PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH
      • ►  Mar 11 (2)
      • ►  Mar 05 (4)

❤❤ BLOG Walking ❤❤

❤❤ Peti Ais ❤❤

nescafe ais. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...