-->
❤❤ Tadika Dr Deesyah ❤❤

❤❤SELAMAT DATANG KE BLOG TADIKA DR DEESYAH ❤❤

  • ░▒ Home ░▒
  • MENGENAI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • AKTIVITI
  • BAHAN BANTU MENGAJAR
  • KEMUDAHAN
  • STAF TADIKA DR DEESYAH
  • MAKANAN
  • KURIKULUM
  • YURAN
Selamat Datang Ke blog PRASEKOLAH DR DEESYAH.Kami menyediakan Pendidikan Prasekolah untuk kanak-kanak berumur 5-6 tahun, dengan menawarkan sistem pendidikan yang menggabungkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan kurikulum kami sendiri iaitu Kurikulum Bersepadu Dr Deesyah yang menekankan amalan Islami di dalam kehidupan seharian. Kami juga menawarkan 2 aliran, iaitu aliran Bahasa Melayu(Tadika Dr Deesyah) dan aliran Bahasa Ingggeris (Dr Deesyah Preschool). Anak-anak anda akan mendapat pengalaman yang menggembirakan bersama kami melalui pendekatan ‘belajar melalui bermain’. Sila tinggalkan komen sebelum bersurai.

Thursday, August 20, 2015

STAF TADIKA DR DEESYAH

TADIKA DR DEESYAH pada masa sekarang diuruskan secara professional oleh Datin Dr Syafiqah Abdullah dan Puan Sri Dr Deeyana selaku pengurus. Kami amat menitikberatkan soal keselamatan, keselesaan, kebersihan dan pendidikan kanak-kanak yang dihantar ke Taska Rania. Bagi memastikan matlamat kami tercapai, kami sentiasa memastikan bilangan tenaga pengajar kami mencukupi.

Tenaga pengajar TADIKA DEESYAH terdiri daripada LIMA orang staf yang terlatih.

Keistimewaan staf kami:
  • Sangat setia dengan TADIKA DEESYAH. Staf kami yang paling berpengalaman telah berkhidmat selama 9 tahun.
  • Mempunyai Kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Memperolehi sijil KAAK (Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak) yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta kursus-kursus yang disyorkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Mempunyai pengalaman dalam pendidikan dan penjagaan kanak-kanak.
  • Memahami tentang nutrisi dan makanan yang  sihat dan berzat untuk kanak-kanak.
  • Semua pengasuh menerima suntikan kesihatan dari masa ke semasa seperti mana yang disyorkan oleh klinik kesihatan.



Selamat datang ke TADIKA DEESYAH! :)
Posted by Unknown at 7:36 AM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TASKA DEESYAH - MAKANAN







Kami menyedari bahawa pemakanan merupakan salah satu sumber perkembangan diri kanak-kanak. Minda yang sihat adalah datang dari badan yang sihat. Oleh itu, pemakanan sememangnya merupakan salah satu sumber pemangkin bagi diri kanak-kanak. Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan mereka. Disamping itu juga, makanan membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental serta dapat membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Selain itu juga, dapat menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja. Oleh itu, Tadika Talent Star telah menyediakan makanan yang berkhasiat sesuai dengan keperluan harian kanak-kanak. Menu makanan di Tadika Talent Star telah disediakan mengikut minggu iaitu minggu satu dan minggu tiga disediakan satu menu manakala minggu dua dan empat disediakan satu menu. Berikut merupakan menu makanan di Tadika Talent Star :

Menu minggu satu dan minggu tiga

Hari
Sarapan pagi
Tengahari
Isnin
Koko krunch + susu tepung
Bubur nasi + air kosong + pisang
Selasa
Biskut 3 keping + air milo
Nasi putih + sayur campur + ayam goreng + air kosong + tembikai
Rabu
Bubur nasi + air horlick
Nasi goreng + kentang putar + air barli + epal
Khamis
Sandwich + air milo
Kueh tiow goreng + air kosong + betik
Jumaat
Roti bakar + telur hancur + air milo
Nasi putih + ikan kukus + sup sayur + air tembikai


Menu minggu dua dan minggu empat

Hari
Sarapan pagi
Tengahari
Isnin
Pau kukus + air milo
Nasi putih + ayam goreng + sayur campur + air kosong + betik
Selasa
Koko krunch + susu tepung
Nasi goreng + kentang putar + air kosong + epal
Rabu
Biskut 3 keping + horlick
Nasi putih + sup ayam + kangkung tumis + air tembikai
Khamis
Bubur nasi + air milo
Bihun sup + air oren + buah lai
Jumaat
Kuih muih 3 keping + air milo
Spagetti daging + air kosong + pisang

 Pengambilan makanan adalah berdasarkan sukatan untuk kanak-kanak.


Posted by Unknown at 7:09 AM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KESELAMATAN DI PRASEKOLAH

TADIKA DEESYAH amat menitikberatkan isu keselamatan anak2 yang dihantar ke pusat jagaan kami. Pada kami, ini adalah perkara yang paling utama. 

Antara ciri-ciri keselamatan yang kami tawarkan adalah: 

  • ·         Pelan lantai dan ciri-ciri keselamatan kami memenuhi piawaian dan mendapat kelulusan daripada Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia.
  • ·         Semua tingkap dan pintu bergril bagi mengelakkan pihak yang tidak berkenaan dari masuk atau mengelakkan kanak2 dari keluar tanpa pengawasan (tetapi mempunyai laluan keluar -'escape plan') sekiranya berlaku kebakaran.
  • ·         Mempunyai tangga keselamatan (kebawah) sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan
  • ·         Pemadam api (Fire Extinguisher) disediakan di tingkat atas, bawah dan dapur.
  • ·         Tong gas (bagi tujuan memasak) diletakkan di luar bangunan taska. Ia diletakkan didalam kurungan besi dan berkunci. Ini bagi memastikan keselamatan staf dan anak-anak yang berada di dalam taska.
  • ·         Kotak keselamatan ('First Aid Kit') disediakan. 
  • ·         Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan, ibubapa akan diberitahu dengan segera.  



Tong Gas Memasak Diletakkan Diluar Bangunan Bagi Menjamin Keselamatan Pengguna Bangunan Taska Rania
Gril Dipasang Di Tingkat Atas Bagi Mengelakkan Kanak-Kanak Turun Ke Tingkat Bawah Tanpa Pengawasan Guru
Gril Dipasang Bagi Mengelakkan Kanak-Kanak Memasuki Kawasan Dapur
Gril Sentiasa Berkunci Semasa Beroperasi
Gril Turut Disediakan Bagi Mengelakkan Kanak-Kanak Kecil Ke Tingkat Atas Tanpa Pengawasan
4 Alat Pemadam Kebakaran (3 bawah termasuk dapur dan 1 atas) disediakan
·         


















Posted by Unknown at 6:15 AM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, August 19, 2015

KEMUDAHAN DI TADIKA DR DEESYAH

Kemudahan-kemudahan di Tadika DR DEESYAH
Tadika DR DEESYAH menyediakan kemudahan atau fasiliti yang mesra dan setaraf dengan tadika-tadika di luar negara. Contohya, peralatan kerusi dan meja di tadika bersesuaian dengan kanak-kanak. Tadika DR DEESYAH mempunyai kemudahan sistem online untuk pendaftaran . Ibu bapa boleh terus mendaftar di rumah tanpa perlu bersusah payah datang ke tadika. Setelah pendaftaran disahkan dan pembayaran dilakukan , ibubapa akan diberi password untuk login ke dalam sistem untuk melihat resit pembayaran tersebut. Sistem kami adalah selamat kerana telah mengalami tempoh percubaan selama lebih kurang tiga tahun. Bukan itu sahaja , ibu bapa boleh mengetahui rekod kedatangan anak-anak, pencapaian anak-anak , malah boleh menghantar komen kepada pihak tadika. Segala ini kami lakukan supaya kami dapat mengekalkan perkhidmatan yang terbaik untuk anak-anak tuan puan. Segala kemudahan yang ada di Tadika DR DEESYAH adalah selesa bagi kanak-kanak dan mampu merangsang minda kanak-kanak dan melatih kemahiran-kemahiran berkomunikasi, bekerjasama dan berfikiran kreatif. Hal ini kerana, TadikaDR DEESYAH menekankan konsep 3C iaitu ‘Cooperation, Communication dan Creative Thinking’.
Tadika ini juga mementingkan keselamatan kanak-kanak di dalam tadika ini kerana setiap ibu bapa atau penjaga akan diberikan kata laluan dan cip keselamatan untuk memasuki tadika tersebut. Terdapat beberapa langkah yang perlu di patuhi oleh ibu bapa sebelum memasuki tadika ini. Antaranya ialah, meletakkan cip keselamatan di alat pengesan cip dan memasukkan kata laluan masing-masing. Selain itu, Tadika DR DEESYAH juga turut dilengkapi sistem kamera litar tertutup(CCTV) yang mampu menghasilkan imej rakaman terperinci dan di pantau melalui sebuah monitor televisyen yang terletak di dalam bilik guru bagi memantau keselamatan kanak-kanak di tadika bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, pilihan di tangan anda, buatlah pilihan yang bijak untuk masa depan anak-anak anda. Berikut merupakan kemudahan yang disediakan :

Kawasan dalam tadika :
1. Kelas 4 Tahun, 5 Tahun dan 6 Tahun.
2. Tandas kanak-kanak lelaki dan perempuan.
3. Surau
4. Bilik bakat atau bilik cermin(Kegunaan sewaktu konvokokesyen, pertandingan, gimnastik, main peranan dan terdapat pentas).
5. Taman permainan (Di tingkat atas).
6. Children’s Museum of Art (Bilik pameran hasil kerja kanak-kanak sepanjang tahun ).
7. Dapur
8. Ruang makan
9. Sudut (Bacaan, bahasa, muzik, agama, ICT, matematik, sains dan lain-lain lagi ).
10. Bilik rawatan
11. Pejabat atau bilik guru
12. Bilik
13. Dinding conteng
14. Ruang tamu
15. Bilik Interaktif (Bilik tontonan)

Kawasan luar tadika :
1. Taman permainan
2. Mini zoo
3. Sand play
4. Pentas
5. Kebun mini
6. Kolam ikan
7. Pondok belajar




Posted by Unknown at 8:42 PM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

HUBUNGI KAMI





PN JAMILAH BINTI OTHMAN
(PENGETUA)

Telefon : 03-4257 1208
Nombor Telefon Bimbit : 012-2952292
http://www.tadikaamal.com.my





INFORMASI:

        
TADIKA DR DEESYAH TAMAN KERAMAT : 
03-42571208


TADIKA DR DEESYAH PERMAI : 
03-42510713


TADIKA DR DEESYAH GOMBAK : 
03-61897841


TADIKA DR DEESYAH JASA : 
03-61881650


DR DEESYAH PRESCHOOL KERAMAT PERMAI : 
03-42566899



DR DEESYAH PRESCHOOL LEMBAH KERAMAT : 
03-41081899
Posted by Unknown at 5:27 AM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

❤❤ BROCHURE - TADIKA DR DEESYAH ❤❤


Posted by Unknown at 1:20 AM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PERTANDINGAN UJI MINDA, LEGO, DAN BERCERITA

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Usai sudah pertandingan ujiminda, bercerita dan lego untuk tahun 2015 ini. Dan pertandingan ini membuka tirai bagi aktiviti pertandingan untuk semester kedua. Kehadiran ibubapa juga menggalakkan. Seawal 7.30 pagi dah ada yang datang dan mereka tetap menunggu hingga ke akhir majlis. Saya teruja bila melihat ibubapa yang bersemangat untuk memberi perangsang dan motivasi kepada anak-anak yang mengambil bahagian. Alhamdulillah




Seperti tahun-tahun lepas, untuk ujiminda 4 kategori dipertandingkan iaitu B.Malaysia, English & Mathematics, Science dan Pendidikan Islam / Jawi. Macam-macam gelagat yang dapat dilihat pada anak-anak ini. Berebut-rebut nak menekan buzzer untuk menjawab soalan. 






Dalam masa yang sama dengan pertandingan uji minda, pertandingan lego juga dijalankan. Pertandingan lego hanya untuk anak-anak berumur 5 tahun sahaja dan tahun ini 50 orang yang mengambil bahagian dan pertandingan dibahagikan kepada 2 bahagian. Macam-macam yang dibuat oleh anak-anak ini.




Yang menariknya, pertandingan bercerita tahun ini mendapat banyak sambutan. Seramai 16 penyertaan yang kami dapat dan semuanya hebat-hebat belaka. Sebab apa saya katakan mereka ini hebat, dalam masa kurang 2 minggu, anak-anak cilik ini dapat menghafal cerita-cerita. Apatah lagi cerita yang panjang-panjang tu seperti cerita Cinderella. Bukan sekadar tu, siap dengan aksi, intonasi dan props sekali. Tahniah kepada ibubapa yang turut sama bekerja keras dan memberi semangat kepada anak-anak ini.




Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi semua peserta pertandingan. Tiada yang pulang dengan tangan kosong.





Layang-layang terbang melayang,
Terbang melayang di tepi perigi,
Kalau ada umur yang panjang,
Insyaallah kita bersua lagi.
Posted by Unknown at 1:09 AM
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

❤ INFO TERKINI ❤

Pembukaan Rangkaian Tadika Amal ke-7 pada sesi persekolahan 2016 beralamat di No.11,Lorong AU1C/3G, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur (Tadika & Transit)

Powered By Blogger

❤ PRASEKOLAH DR DEESYAH❤

❤ PRASEKOLAH DR DEESYAH❤

ツ Tadika Dr. Deesyah. Bertempat di No.11,Lorong AU1C/3G, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur (Tadika & Transit). TADIKA DR DEESYAH. ツ

Pengurus Tadika Dr Deesyah

Pengurus Tadika Dr Deesyah

♫♫ Cikgu Syafiqah ♫♫

PENGURUS TADIKA DR DEESYAH

PENGURUS TADIKA DR DEESYAH

♫♫ Dr Deeyana ♫♫

❤ credit to :) ❤



Click Click!!

❤ Ruang Diskusi ❤

❤ FOLLOW Mereka ❤

  • ATOL HAZIQAH ღ
  • HASNA ANISAH AMAR ღ
  • IZZAD LIYANA ARIFF ღ
  • JOWI SHUNG TIKAH ღ
  • LILY PIKAH SYU ღ
  • NAIM AWING ASHRUL ღ
  • NIZA PIPAH NURIATI ღ
  • SCHASCHA MYRA AINEE ღ
  • WAAN AYU TASHA ღ
  • YUYU ANIDAH ღ

❤ Raja KOMEN ❤




❤ Selamat Datang ❤




TADIKA DR DEESYAH

  • Membina asas membaca Al-Quran.
  • Melatih hafazan surah-surah Al-Quran.
  • Melatih kemahiran menulis dan membaca jawi.
  • Membiasakan murid amalan berwudhuk, solat, doa serta adab-adab Islami.
  • Melatih murid-murid menutup aurat.
  • Membina asas akademik yang mantap untuk pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menyediakan pendidik yang komited, terlatih dan berpengalaman

DR DEESYAH PRESCHOOL

  • A WHOLESOME INTGRATED CURRICULUM
  • ENGLISH MEDIUM OF COMMUNICATION
  • A STRONG ISLAMIC FOUNDATION
  • A TEAM OF TRAINED, DEDICATED TEACHERS
  • A CONDUCIVE AND CHEERFUL ENVIRONMENT

❤❤ Kesayangan ❤❤

❤ Beg Sekolah ❤

  • ▼  2015 (17)
    • ▼  August (17)
      • ▼  Aug 20 (3)
        • STAF TADIKA DR DEESYAH
        • TASKA DEESYAH - MAKANAN
        • KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
      • ►  Aug 19 (7)
      • ►  Aug 18 (7)
  • ►  2013 (14)
    • ►  March (14)
      • ►  Mar 18 (1)
      • ►  Mar 17 (2)
      • ►  Mar 13 (5)
      • ►  Mar 11 (2)
      • ►  Mar 05 (4)

❤❤ BLOG Walking ❤❤

❤❤ Peti Ais ❤❤

nescafe ais. Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...